Membuat Sendiri Roti Canai Dirumah..Tak Perlu Lagi Makan MAMAK • online watch, and free download video or mp3 format
Video published on: 2018-10-27
Membuat Sendiri Roti Canai Dirumah..Tak Perlu Lagi Makan MAMAK video lyrics or description
Cara Membuat Doh Roti Canai Setanding Mamak. Resepi Turun Temurun Keluarga Berniaga Roti Canai. Boleh Share Dan Kongsi Resepi Ini. Jangan Lupa Subcribe Ye. Selamat Mencuba. Tq.Berikut merupakan bahan-bahan untuk membuat doh roti canai.
1. Tepung Gandum 1kg
Untuk betul-betul lembut keutamaan sila guna tepung cap bakery choice atau MFM.
Jika tak jumpa, baru cari tepung cap sauh.
Jika tak jumpa juga, baru guna tepung cap lain seperti cap lily, cap kunci, cap blue key, cap cempaka atau sebagainya.
2. Gula 1 sudu makan.
Gula kasar atau halus tiada masalah nak guna. Terpulang.
3. Susu pekat 2 sudu makan.
Anda boleh pilih mana-mana yang anda suka sama ada gula atau susu pekat untuk diletakkan dan dicampur dalam doh.
Jika saya sendiri, saya lebih suka campurkan kedua-duanya sebab ia lebih sedap dan enak.
Apa-apa pun ikut citarasa anda sendiri. Boleh cuba uji dan test sendiri.
4. Air 500 ml
Ini sukatan untuk 1kg tepung.
Sebaiknya guna air sejuk peti ais atau air sejuk bercampur sedikit ais.
Air suhu normal pun boleh, cuma air sejuk lagi bagus untuk ketahanan doh.
5. 2biji telur ayam
7. Garam secukup rasa
Ikut pengalaman saya, anda boleh letak setakat 1/2 sudu makan.
Itu pun dah ok sudah ok atau lebihkan sedikit pun tak mengapa.
Yang penting pandai adjust, dan pastikan doh ada rasa, bukan tawar.
8. Majerin 2 sudu makan
Sebaiknya gunalah majerin brand Planta. Serius majerin Planta saja yang sedap sepanjang pengalaman saya buat roti cana. Lain-lain brand memang tak sedap dan tawar.
Majerin Planta lemak dan cukup rasa.
Jika nak buat roti canai sedap, gunalah Planta.
Tak cukup kos? Nak murah jugak? Takpe guna brand lain, seperti Brand produk keluaran Felda pun ok juga, takde jadi masalah.
9. Minyak masak
Ia untuk tujuan menggoreng roti canai.
Boleh juga guna majerin planta atau butter untuk roti canai lebih rangup, enak serta lebih bau wangi.